Pakatan Rakyat mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan mengambil pendirian serta ketetapan tegas membantah notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) ke atas sarjana terkemuka Islam Dr Yusuf Al-Qaradawi.
Dalam kenyataan media, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sumbangan Al-Qaradawi dalam dunia Islam tiada taranya, maka sewajarnya Malaysia selaku model negara Islam mendepani inisiatif mengasak Interpol agar bersikap profesional.