Naib Presiden MIC Datuk M Saravanan memaklumkan sama ada dengan restu presiden parti Datuk Seri G Palanivel ataupun tidak, beliau akan membentuk satu jawatankuasa khas dengan 15 ahli majlis tertinggi bagi mengadakan pemilihan semula MIC.
Katanya, tindakan itu berdasarkan saranan daripada Pendaftar Pertubuhan supaya MIC segera membentuk sebuah jawatankuasa khas bagi pemilihan semula parti.