PAS: Hudud tak akan dilaksana tanpa restu rakyat

KiniTV 2015-08-12

Views 1

Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia sehingga rakyat memberi restu dan menerima bahawa undang-undang Islam adalah sebahagian daripada kehidupan mereka, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin.

Beliau yang juga seorang peguam bersetuju bahawa masyarakat mungkin menganggap hudud sebagai bercanggah dengan perlembagaan kerana adalah lumrah untuk bercanggah pendapat.

Namun, katanya, percanggahan itu harus disalurkan melalui saluran yang betul dan menyerah kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

Share This Video


Download

  
Report form