Sumo adalah sukan tradisional Jepun yang berusia lebih 2,000 tahun dan lazimnya dimonopoli oleh lelaki tetapi mula dibuka kepada wanita pada tahun 1997.
Tetapi bagi Sayaka Matsuo anak seorang ahli sumo terkenal, beliau menceburkan dirinya dalam sukan ini sejak berusia lima tahun dan kini berazam mahu memenangi sebutir pingat Olimpik jika acara itu dipertandingkan.