Pelancong wanita yang berkunjung ke Terengganu kini diwajibkan mematuhi garis panduan yang melarang mereka dari berpakaian dalam keadaan yang menjolokkan mata, kata exco pelancongan negeri Datuk Mohd Jidin Shafee menerusi portal berita negeri teganukita.my.
Katanya, surat pekeliling yang menyatakan garis panduan berpakaian itu juga akan diedarkan kepada semua agensi pelancongan di Malaysia dan ibu pejabat pelancongan di Malaysia termasuk negara jiran Singapura, Indonesia dan Thailand.