Sebagai bantahan terhadap tangkapan ke atas dua rakan mereka semua ADUN Pakatan Rakyat Perak hari ini mengenakan pemakaian pakaian serba hitam pada istiadat pembukaan DUN Perak.
Mereka yang ditahan reman itu adalah ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing dan ADUN Teja Chang Lih Kang.
Tindakan itu juga dikatakan sebagai solidariti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan solidariti terhadap 13 ahli PAS yang dihukum penjara serta bantahan terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai esok.