Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata tindakan Umno memanggil mesyuarat bahagian sehari selepas himpunan #Kita lawan pada Sabtu ini adalah bukti bahawa apa yang diperjuangkan oleh pembangkang semakin mendapat sokongan rakyat.
Himpunan 7 Mac di Sogo, selain menuntut keadilan untuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga bertujuan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berundur.