1MDB: Pemuda Umno berang, mungkin Najib mangsa Jho Low?

KiniTV 2015-08-05

Views 1

Naib Presiden PKR, Tian Chua mempersoalkan hasil perjumpaan Pemuda Umno dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung beberapa kritikan Tun Dr Mahathir terhadap pentadbiran negara, termasuk kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Soalnya, mungkinkah Najib mengaku menjadi mangsa ahli perniagaan Jho Low yang adalah sekutu rapat anak tirinya, Rita Aziz sehingga membuatkan ahli pergerakan itu marah?

Khairy selepas perjumpaan selasa lalu terus mendesak pihak berkuasa menyiasat Jho Low, yang baru-baru ini memberitahu majalah perniagaan Euromoney bahawa “orang-orang Umno pakar putar belit”.

Share This Video


Download

  
Report form