Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak seharusnya mempertahankan tindakan kontroversial Tabung Haji membeli tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) jika ia membawa kebaikan kepada lembaga itu, kata Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin.
Sebaliknya, soal beliau, adalah ironi bagi Najib mengarahkan Tabung Haji untuk menjual semula tanah yang dibeli selepas dibidas pelbagai pihak membidasnya kerana dilihat cuba menyelamat syarikat yang bermasalah itu.