Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melahirkan kebimbangan terhadap rancangan Forest City dalam meletakkan komponen rumah mampu milik di sekitar kawasan pembangunan itu.
Menurut Menterinya, Zuraida Kamarudin warga asing masih tetap boleh memiliki kediaman di Forest City
"Hanya kita bimbang tentang komponen rumah mampu milik tidak ada Kami sedang menunggu pemaju untuk membentangkan kepada kami Apa pendapat mereka dan bagaimana mereka akan memenuhi kuota rumah mampu milik ini dalam pembangunan Forest City itu sendiri, "katanya kepada media di Wisma Bernama selepas melancarkan program Talk Hot Seat Talk Bernama.
Bagaimanpun Zuraida mengakui pemaju ada membentangkan plan mereka namun beliau mengarahkan ia dikaji semula.
Pada September tahun lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa warga asing boleh membeli unit kediaman di Forest City tetapi mereka tidak akan diberikan visa untuk tinggal di sana.