‘Apa bukti Rosmah berlagak macam PM?’

KiniTV 2015-08-04

Views 21

Pembantu Perdana Menteri Rizal Mansor mahu pihak yang membidas Datin Seri Rosmah Mansor kerana didakwa berlagak sebagai perdana menteri tampil memberi penjelasan mereka.

Dalam satu kenyataan, beliau menyenaraikan enam soalan sebagai reaksi kepada kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik Rosmah kerana dikaitkan dengan gaya hidup mewahnya.

Soalan pertama yang dilontarkan Rizal adalah sama ada Rosmah pernah hadir mahupun mempengerusikan mesyuarat kabinet?

Begitu juga dengan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan BN.

Rizal juga menjelaskan Rosmah juga tidak pernah memberi arahan kepada mana-mana menteri kabinet mahupun ketua setiausaha mana-mana kementerian.

Begitu juga dengan menasihati Yang di-Pertuan Agong.

Share This Video


Download

  
Report form