Pelarian Rohingya rayu bantuan selamatkan isteri, anaknya

KiniTV 2015-08-04

Views 7

Seorang pelarian Rohingya di Kuala Lumpur merayu pihak berkuasa menyelamatkan isteri dan anak-anaknya yang dipercayai terdampar di perairan Thailand dan Malaysia selepas dihanyutkan oleh kumpulan pemerdagangan manusia.

Mohammed Hashim yang berusia sekitar 40an berkata beliau berada di malaysia sejak beberapa tahun lalu dan kini menmperolehi status pelarian oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Baru-baru ini, isteri dan tiga anak mereka menjual rumah mereka di kawasan bergolak di Rakhine, Myanmar bagi mendapatkan wang kira-kira RM20,000 supaya mereka boleh menyertainya di Malaysia.

Share This Video


Download

  
Report form