Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba mengendurkan ketegangan dalam Pakatan Rakyat dengan tidak menjawab soalan wartawan yang mahu beliau mengulas kenyataan pemimpin DAP yang mendakwa bahawa gabungan pembangkang itu bakal berkubur tidak lama lagi.
Katanya, sekarang PAS masih bersama Pakatan dan beliau tidak tahu apa yang bakal berlaku pada masa hadapan.