Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat akan menjamin untuk memberi keutamaan kepada penduduk dan bukannya kepada pemaju dalam isu membangunkan kawasan tradisi Melayu seperti Kampung Baru di Kuala Lumpur.
Jaminan berkenaan akan dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam manifesto Pakatan dalam pilihan raya umum akan datang, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Tanah dan Perumahan Kuala Lumpur 2011.
Berita Sepenuhnya: http://www.malaysiakini.com/news/179943
Jurukamera: Amir Abdullah
Penyunting: Tan Jiun Wuu