Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada ucapannya di Majlis Berbuka Puasa Anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) semalam berkata agama dijadikan kepentingan politik dan akibatnya Islam tidak mencapai perpaduan dan orang Islam hidup berpuak-puak.
Justeru, beliau menyarankan supaya umat Islam bersyukur dan beringat sebelum sesuatu malapetaka berlaku.