Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengalu-alukan sebarang pindaan atau program pemerkasaan wanita sambil menambah Putrajaya sedang mengkaji dasar dan undang-undang yang mendiskriminasi wanita, kata menterinya Siti Zailah Mohd Yusoff.
Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Kasthuri Patto (PH-Batu Kawan) yang mengatakan antara punca tidak ramai wanita berminat untuk menyertai arena politik susulan politik toksik Malaysia termasuk di Dewan Rakyat.