Ini bukan filem dan bukan juga ‘video game’!
Ini realiti yang berlaku apabila rejim Israel melancarkan serangan besar ke atas tapak nuklear bawah tanah Iran pada Jumaat (13 Jun) dan memusnahkan keseluruhan barisan atasan komander tentera Iran.
Visual ini adalah serangan balas yang dilakukan oleh Iran dengan menghantar berpuluh peluru berpandu yang dilihat terbang melintasi langit di Tel Aviv. Sekurang-kurangnya satu daripadanya berjaya mengelak sistem pertahanan udara Israel dan sampai ke satu kawasan di bandar tersebut.
Iran berkata sebagai tindakan balas "pintu neraka akan dibuka", manakala Israel puka menyatakan serangan itu hanyalah permulaan "Operasi Singa Bangkit".
#AWANInews