Eda Ezrin, lima rakan didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat
Penyanyi wanita sohor Kelantan dan lima lagi rakannya didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand pada Selasa atas dua kesalahan iaitu mengambil dadah dan memiliki 6,059 biji pil kuda, lapor wartawan Sinar Harian Hazelen Liana Kamarudin
Kesemua tertuduh iaitu penyanyi, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail,30, atau Eda Ezrin, Mohamad Alif Deraman, 33; Mohd Affendi Ahmad, 35, Nur Aida Mamat,33, Erdieka Mohd Noor, 32, dan Zuhaira Nasrin, 25, mengaku mengambil dadah di hadapan Hakim Yuan Khao Kham.
Bagaimanapun mereka tidak mengaku memiliki 6,059 biji pil kuda semasa ditahan di sebuah hotel di Golok pada 1 November lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/707154/berita/semasa/eda-ezrin-menangis-lihat-anak-hadiri-perbicaraan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Narathiwat #EdaEzrin #dadah #pilkuda