15 tahun ikat perut kumpul duit untuk umrah - Jemaah terkandas
Selama 15 tahun ikat perut dengan hanya makan nasi berlaukkan bawang dan garam bagi menunaikan hajat mengerjankan ibadat umrah, tetapi akhirnya ditipu oleh syarikat pengendali umrah, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqairah Tuan Muhamad Adnan.
Perkara itu diluahkan seorang warga emas, Maimun Sarajul,60, yang merupakan antara 379 bakal jemaah yang gagal ke Tanah Suci.
Menurutnya, wang yang dikumpul tersebut adalah merupakan sumbangan bantuan daripada Baitulmal berjumlah RM400 sejak 2009.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/707156/berita/semasa/15-tahun-ikat-perut-makan-nasi-dengan-garam-untuk-pergi-umrah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Umrah #jemaahterkandas #tipuumrah #tipu