Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV), Perodua Ativa yang dipercayai melanggar seorang penunggang motosikal sehingga maut di Kilometer 32 Jalan Klang-Teluk Intan, Jeram di Kuala Selangor, Selasa lalu, merupakan pegawai kanan polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.