Profesor Ekonomi Universiti Malaya (UM), Prof. Ulung Datuk Dr. Rajah Rasiah berkata rasionalisasi subsidi diesel yang telah dilaksanakan dan petrol RON95 yang akan dilaksanakan pada tahun 2025 akan membantu negara mencapai sasaran defisit fiskal 3.8 peratus. Jelasnya, subsidi bersasar ini akan memastikan ketirisan peruntukan kerajaan dapat dikurangkan secara signifikan. #AgendaAWANI