Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL) Sdn Bhd Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata kemajuan itu berada pada landasan yang baik dalam memastikan projek berkenaan dapat disiapkan pada Disember 2026 bagi jajaran Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dan seterusnya dari Gombak hingga ke Jalan Kastam pada Disember 2027.