PAC minta penjelasan siasatan HRD Corp diberikan NFA
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) meminta penjelasan berhubung tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengklasifikasikan siasatan kes Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
Perkara tersebut antara yang terkandung dalam laporan PAC terhadap tindakan susulan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan HRD Corp berhubung pengurusan dana latihan dan keberkesanan program latihan perbadanan itu yang dibentangkan di Dewan rakyat pada Isnin.
Pembentangan itu dibuat Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang juga ahli PAC mewakili pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/701266/berita/nasional/pac-minta-penjelasan-siasatan-hrd-corp-diberikan-nfa
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #HRDCorp #PAC