Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan rasa dukacita dengan penderaan sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Seri Paduka Baginda bertitah semua pihak mesti berusaha menghentikan budaya tidak sihat itu dan memulihkan nama baik UPNM.