Lelaki curi Honda, cuba bunuh rakan kongsi pemilik kereta dijel 10 tahun
Hakim Izralizam Sanusi di Mahkamah Sesyen Kuala Lupur pada Isnin menasihatkan Muhammad Wan Azhar Azman supaya menjadi manusia berguna, insaf dan menjalani kehidupan dengan baik selepas menjalani hukuman penjara dan tidak mengulangi kesalahan sama, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Muhammad Wan Azhar 20, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun atas pertuduhan pertama, cubaan membunuh seorang lelaki dan empat tahun jel bagi kes mencuri kereta Honda Civic.
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan secara serentak bermula tarikh tangkap pada 24 Oktober lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/699970/berita/semasa/lelaki-curi-honda-cuba-bunuh-rakan-kongsi-pemilik-kereta-dijel-10-tahun
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah