Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menyifatkan gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah di Lubnan sebagai perkembangan positif pertama dalam konflik Asia Barat selepas ketegangan berbulan-bulan.
Beliau menegaskan kepentingan semua pihak yang menandatangani perjanjian itu untuk menghormati sepenuhnya komitmen gencatan senjata.