Israel memaklumkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bahawa ia akan mencabar waran tangkap terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant berkaitan tindakan mereka semasa perang Gaza, menurut pejabat Netanyahu pada Rabu.
Langkah itu susulan ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu dan Gallant atas dakwaan jenayah perang, termasuk pembunuhan, penganiayaan, serta penggunaan kebuluran semasa konflik Gaza.