Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Rabu mengumumkan permohonan waran tangkap terhadap pemimpin tentera Myanmar, Min Aung Hlaing, atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berkaitan penganiayaan Rohingya.
Bagaimanapun, Junta Myanmar menegaskan bahawa negara tersebut bukan anggota ICC dan tidak mengiktiraf bidang kuasanya.