Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan sebagai negara yang merdeka dan berdaulat, pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa termasuk keganasan, kezaliman, penindasan, penjajahan di Palestin dan Gaza akan terus disuarakan.
"Saya tidak fikir pertimbangan ekonomi walaupun sangat penting boleh menjejaskan, mengurangkan dan mengekang pendirian kita dalam menyuarakan tuntutan keadilan buat rakyat Palestin khususnya di Gaza," jelasnya.