Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Waktu Pertanyaan Menteri sempat memberi perkembangan terkini situasi banjir di Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, Perak dan Johor.
PM memaklumkan setakat jam 9.32 pagi jumlah mangsa banjir meningkat kepada 37,189 mangsa, melibatkan 11,385 keluarga di 6 negeri serta 322 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka.