[TERKINI] MKI sahkan ajaran GISBH, Nasiruddin Ali sesat

AWANI 2024-11-14

Views 59

Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) mengesahkan bahawa ajaran, pegangan, dan fahaman yang dibawa oleh Nasiruddin Mohd Ali serta syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) adalah sesat serta menyeleweng daripada ajaran Islam.

Pengerusi MKI, Datuk Dr Nooh Gadut, menyatakan bahawa keputusan ini dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah MKI Kali Ke-125 yang berlangsung pada 24 hingga 26 September lalu.

Share This Video


Download

  
Report form