Takiyuddin tuntut Azalina perjelas berkaitan Lembaga Pengampunan

Sinar Harian 2024-11-11

Views 50.8K

Takiyuddin tuntut Azalina perjelas berkaitan Lembaga Pengampunan

Ahli Parlimen pembangkang menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said membuat penjelasan di Dewan Rakyat berhubung kenyataan mengelirukan mengenai sekretariat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) ketika bangkit dengan peraturan 36 (12) menjelaskan, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang membuat kenyataan tidak berfakta dan mengelirukan kerana menyatakan menteri bertanggungjawab dalam sekretariat Lembaga Pengampunan membabitkan kes Datuk Seri Najib Razak adalah Menteri Wilayah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/695907/berita/nasional/takiyuddin-tuntut-azalina-perjelas-berkaitan-lembaga-pengampunan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #TakiyuddinHassan #AzalinaOthman

Share This Video


Download

  
Report form