Pelakon Puteri Sarah Liyana memberitahu dia tidak tahu mengenai keputusan aktres Diana Danielle mahu bercerai biarpun sehari sebelum pengumuman itu mereka ada bekerjasama pada minggu keenam Muzikal Lawak Superstar 4.
Mengakui terkejut dengan berita tersebut, Puteri Sarah berkata Diana hadir pada minggu itu hanya untuk sesi latihan dan persembahan sahaja.