Tinjauan bancian 2022 mendapati terdapat kira-kira 172,000 rakyat Palestin-Amerika tinggal di Amerika Syarikat (AS) dengan ramai dari negeri penentu atau swing state seperti Michigan dan Pennsylvania. Bagaimanapun, menjelang Hari Memilih Presiden 5 November, hati mereka berbelah-bagi, malah ada yang merancang untuk tidak keluar mengundi kerana yakin tiada perubahan yang akan berlaku di negara asal mereka.