'Anak menangis, merayu minta diselamatkan'
Seorang bapa tidak dapat menahan sebak apabila mendengar tangisan dan rayuan anaknya yang menjadi mangsa penipuan
sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Abdul Rahman Hamid, 60, berkata, anaknya Mohd Addie Azrinn, 29, diminta menyediakan wang tebusan sebanyak RM130,000 untuk dilepaskan daripada tahanan sindiket berkenaan.
Menurutnya, perkara itu berlaku selepas anak ketiganya itu terpedaya menerima tawaran pekerjaan di Thailand
daripada seorang rakan yang meminta untuk mengantikan tempatnya.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #sindiketpemerdaganganmanusia