Lantikan ahli lembaga pengarah GLIC, GLC, berdasarkan kelayakan - PM

Sinar Harian 2024-10-22

Views 11.2K

Lantikan ahli lembaga pengarah GLIC, GLC, berdasarkan kelayakan - PM

Perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dibuat berdasarkan kelayakan.

Menurutnya, syarat dan keutamaan pelantikan ahli lembaga pengarah GLIC dan GLC diberikan kepada golongan profesional, namun tidak mendiskriminasi orang politik.

Beliau menjawab soalan tambahan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang mencadangkan ahli lembaga pengarah GLC dan GLIC dipilih daripada golongan profesional dari sektor swasta yang berintegriti dan tidak mengamalkan lantikan dalam kalangan ahli politik atau pegawai kerajaan yang masih bertugas ataupun sudah bersara.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #lantikanlembagapengarahglicglc #pm #anwaribrahim

Share This Video


Download

  
Report form