United Kingdom (UK) menggesa Israel untuk membenarkan bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza dan patuh kepada undang-undang antarabangsa.
Setiausaha Luarnya, David Lammy menerusi satu kenyataan pada Rabu berkata, gesaan itu dibuat memandangkan situasi kemanusiaan di Gaza Utara dinilai semakin parah.