Langkah kesiap-siagaan petugas kesihatan dalam menangani insiden melibatkan bahan kimia, biologi, radiologi, nuklear, dan bahan letupan merupakan antara inti pati lima garis panduan baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dalam pengurusan bencana negara.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menjelaskan bahawa garis panduan pengurusan CBRNe 2024 ini turut merangkumi tatacara komunikasi risiko serta pelaporan insiden bencana.