KPM tubuh jawatankuasa khas kurangkan ketidakhadiran calon SPM
Jawatankuasa Khas Tindakan Gempur Kehadiran Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024/2025, telah ditubuhkan dalam usaha mengurangkan jumlah ketidakhadiran calon menduduki peperiksaan berkenaan.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, perkara itu merupakan tindakan terkini Kementerian Pendidikan (KPM), yang telah merancang pelan intervensi dengan melaksanakan pemerkasaan terhadap program sedia ada.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/691286/berita/nasional/kpm-tubuh-jawatankuasa-khas-kurangkan-ketidakhadiran-calon-spm
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #kpm #SPM