Pakar onkologi di Malaysia capai 400 orang menjelang 2040 - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, bilangan pakar onkologi di negara ini dijangka meningkat kepada 400 orang menjelang 2040, berbanding 175 orang ketika ini.
Beliau berkata, sasaran itu mampu dicapai dengan penyertaan Malaysia dalam 'Fellowship of the Royal College of Radiologists (FRCR)' dalam klinikal onkologi.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PakarOnkologi #KKM