Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad telah mengarahkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) untuk menyemak semula Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk penyebaran maklumat, nasihat, dan amaran cuaca.
Beliau menjelaskan bahawa langkah ini penting bagi memastikan kemas kini lebih kerap semasa cuaca melampau.