Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa Israel melakukan pelanggaran dahsyat terhadap perjanjian global yang melindungi hak kanak-kanak.
Memetik laporan media antarabangsa, Naib Pengerusi Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Bragi Gudbrandsson berkata, tindakan ketenteraan Israel di Gaza telah memberi kesan dahsyat kepada mereka dan merupakan antara kekejaman terburuk dalam sejarah.