Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Malaysia, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata sokongan pembangkang terhadap kenyataan ahli parlimen Pasir Gudang, Hasan Abdul Karim, yang tidak bersetuju dengan Perjanjian Persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan ahli parlimen pembangkang suatu yang ironi. Jelasnya, kelantangan Hasan merupakan bukti keterbukaan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) terhadap perbezaan pendapat yang belum tentu dijamin dalam Perikatan Nasional (PN). #DialogTigaPenjuru