Hampir RM800,000 ditemui dalam bilik tidur pegawai imigresen gred rendah

Sinar Harian 2024-09-18

Views 26.7K

Hampir RM800,000 ditemui dalam bilik tidur pegawai imigresen gred rendah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas dan menyita wang tunai berjumlah RM766,693 daripada dua pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bergred rendah terbabit sindiket 'counter setting' yang disorokkan di bilik tidur masing-masing.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, wang ratusan ribu itu ditemukan selepas suruhanjaya itu menahan keduanya bersama 48 lagi pegawai agensi penguat kuasa kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket yang membawa masuk warga asing menerusi pintu masuk udara negara menerusi modus operandi 'counter setting' atau 'laluan kaunter khas'.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/686266/berita/semasa/hampir-rm800000-ditemui-dalam-bilik-tidur-pegawai-imigresen-gred-rendah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #Rasuah

Share This Video


Download

  
Report form