Pilihan raya di Kanada mungkin akan berlaku lebih awal selepas Perdana Menteri Justin Trudeau kehilangan sokongan daripada parti pembangkang, Parti Demokratik Baru (NDP), yang sebelum ini membantu mengekalkan kuasa kerajaan minoriti Liberalnya.
Ketua parti NDP, Jagmeet Singh berkata demikian selepas menarik sokongan tanpa syarat partinya terhadap kerajaan Trudeau pada hari Rabu.