Pelaksanaan Banci Pertanian 2024 mampu membantu negara merangka polisi untuk sektor pertanian oleh pelbagai pihak yang berkepentingan bagi perancangan pembangunan, penggubalan dasar sosio ekonomi dan program yang berkaitan.
Menurut Pengarah Kanan Bahagian Perangkaan Akaun Negara, Puan Norhayati Jantan, Banci Pertanian juga penting bagi mengelakkan para petani melakukan aktiviti pertanian seperti menternak binatang atau menanam jenis sayur yang sama sehingga berlaku masalah lebihan bekalan berbanding permintaan.