Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menyita pesawat milik Presiden Venezuela, Nicolas Maduro yang didakwa dibeli secara haram pada harga as$13 juta dan diseludup keluar dari negara itu.
Menurut Jabatan Kehakiman AS, pesawat Falcon 900EX telah disita di Republik Dominican dan dipindahkan ke negeri Florida, AS.