Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil beri jaminan kepada wartawan jika menjadi mangsa gangguan seksual tidak kira sama ada lelaki atau wanita selain menyeru untuk membuat laporan polis dan menyampaikan maklumat kepadanya.
“Kita akan usaha untuk pastikan keselamatan terjamin dan keadilan dapat ditegakkan untuk mereka yang merupakan mangsa gangguan seksual,” katanya.