Datuk Seri Najib Tun Razak menarik balik rayuan permohonannya di Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa, untuk menyingkirkan Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah daripada mendengar kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri berkata, beliau telah mendapat arahan daripada anak guamnya untuk menarik balik rayuan berkenaan.