PRK Nenggiri: Zambry syor PN jangan tuduh sebarangan, terima kekalahan dengan hati terbuka

AWANI 2024-08-18

Views 18

Dakwaan Perikatan Nasional bahawa kemenangan Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu, atas faktor penipuan dan manipulasi, adalah sikap tidak profesional.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, tuduhan seperti itu adalah lumrah atau kelaziman yang sering dilakukan oleh pihak sana, dan situasi pasti berbeza kalau PN yang memenangi PRK tersebut.

Share This Video


Download

  
Report form